BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

K . A . M . I (gerakan tetikus anda ke gambar utk mngenali kami)

Friday, September 18, 2009

Ramadahan pergi Aidilfitri kembali

Kita antara sedar atau tidak sudah pun sampai di penghujung Ramadhan AlMubarak dan kehidupan kita akan kembali seperti biasa...Sambutan Aidilfitri diraikan dengan meriah diseluruh dunia tidak terkecuali negara kita. Alhamdulillah, kita dilimpahi dengan nikmat keamanan, makanan dan pakaian yang cukup dan rezeki yang melimpah ruah.

Sekembalinya kita selepas cuti nanti , kita akan meneruskan hidup kita seperti biasa dan sekiranya kita di izinkan maka akan dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang...pernahkah kita terfikir bahawa ketika kita meraikan kedatangan Syawal, kita sepatutnya menangisi kepulangan Ramadhan yang penuh keberkatan. Terfikirkah kita adakah amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini sudah memadai, adakah kita benar-benar menghayati Ramadhan kali ini..kalau benar, adakah kita kembali menjadi insan sepertimana sebelum Ramadhan ataupun kita sudah berubah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya....

Aku bukanlah seorang pendita alim yang boleh menasihati orang lain, sekadar menjenguk kelemahan diriku sendiri..Ya Allah! terimalah taubat kami dan amalan kami..Ya Allah kekalkanlah iman kami..Ya Allah bimbinglah kami...semoga kami berjaya dilaluan kami menceburi bidang kami dan permudahkan kami menuntut ilmu mu di Institusi Pengajian Tinggi ini serta berkesempatan menemuimu sekali lagi wahai Ramadhan.

Aidil Fitri datang lagi. Ia datang sebagai penutup puasa. Ia datang dihujung Ramadhan, menandakan masuk 1 Syawal. Aidil Fitri bukan hari bersukaria. Atau hari berpesta makan minum. Ia juga bukan hari untuk bermegah-megahan dengan hiasan dan pakaian. Aidil Fitri adalah hari untuk pengisian rohani pada orang yang mengetahuinya.

SALAM AIDILFITRI dari MATTKIM'S KEPADA WARGA PENGUNJUNG BLOG NI..!!

0 comments: