BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

K . A . M . I (gerakan tetikus anda ke gambar utk mngenali kami)

Friday, September 18, 2009

Ramadahan pergi Aidilfitri kembali

Kita antara sedar atau tidak sudah pun sampai di penghujung Ramadhan AlMubarak dan kehidupan kita akan kembali seperti biasa...Sambutan Aidilfitri diraikan dengan meriah diseluruh dunia tidak terkecuali negara kita. Alhamdulillah, kita dilimpahi dengan nikmat keamanan, makanan dan pakaian yang cukup dan rezeki yang melimpah ruah.

Sekembalinya kita selepas cuti nanti , kita akan meneruskan hidup kita seperti biasa dan sekiranya kita di izinkan maka akan dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang...pernahkah kita terfikir bahawa ketika kita meraikan kedatangan Syawal, kita sepatutnya menangisi kepulangan Ramadhan yang penuh keberkatan. Terfikirkah kita adakah amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini sudah memadai, adakah kita benar-benar menghayati Ramadhan kali ini..kalau benar, adakah kita kembali menjadi insan sepertimana sebelum Ramadhan ataupun kita sudah berubah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya....

Aku bukanlah seorang pendita alim yang boleh menasihati orang lain, sekadar menjenguk kelemahan diriku sendiri..Ya Allah! terimalah taubat kami dan amalan kami..Ya Allah kekalkanlah iman kami..Ya Allah bimbinglah kami...semoga kami berjaya dilaluan kami menceburi bidang kami dan permudahkan kami menuntut ilmu mu di Institusi Pengajian Tinggi ini serta berkesempatan menemuimu sekali lagi wahai Ramadhan.

Aidil Fitri datang lagi. Ia datang sebagai penutup puasa. Ia datang dihujung Ramadhan, menandakan masuk 1 Syawal. Aidil Fitri bukan hari bersukaria. Atau hari berpesta makan minum. Ia juga bukan hari untuk bermegah-megahan dengan hiasan dan pakaian. Aidil Fitri adalah hari untuk pengisian rohani pada orang yang mengetahuinya.

SALAM AIDILFITRI dari MATTKIM'S KEPADA WARGA PENGUNJUNG BLOG NI..!!

Monday, September 14, 2009

SETITIS TINTA , PENGUKIR BICARA BERSAMA PENGARAH

Photobucket

Berbuka Puasa di KFC Hingga Menjilat Jari.. Nyum3(miaw2)

huhuh..
giler sakan nak berbuka puasa kat KFC..
banyak duit ker beb? Redah ajer!
haha.. sblm berbuka.. cuci mata g psr malam..
biase ahh kami yg nakal2 ni..
pusing punya pusing..terlupa nak gegar kfc..
tak cukup tapak g kfc..
setelah smpainya di kFC.. SubhanAllah!
full laa beb! tuh ahh,
Ta'in g date ah! tak pasal2! :P(soe ta'in,guwau jer)
kami pun gerak ah 7E.. nanis2 berbuka kat luar 7E..
(adam merayu2 mintak awek makanan! adam2) :D
ampir stengah jam.. baru usha line kat KFC..
nsib baik ade awek kasi tmpt duduk kat akim! pewieet(lpe mintak no fon da!)
dengan sleranya blasah ayam2 di KFC.. ayam k?! ayam2.. huwawa..
(tapi sparuh geng jer yg join , sparuh agi kat warung.. mlepas!)

Saturday, September 12, 2009

BALIK KAMPUNG!! YAHOOO!!

hahaha.. "tak sabar nak balik kampung!" tuh yg hangat di dengari.. ade yg mnghitung hari nak balik kampung(siap aca n rambo gado sape smpi dlu ke kmpung).. adam ahh mamat yg plg byk shopping kat bndr..

cuti raya bermula 11hb-26hb 2009..(2minggu tuh)haha.. budak2 nih majoriti balik JOHOR , ade balik N.SEMBILAN , SELANGOR ,PAHANG , KELANTAN , PERAK , n ade yg balik KEMAMAN.. ske korang dapat balik yek!
sampai kampung jgn main mercun plak! terutama dak johor skalian! ingt tuh! hwawawa..
nak datang raya roger2 dak2!

kepada kawan2 sekalian.. moga selamat pulang ke kampung masing2.. pandu cermat,jiwa slamat.. bereyy!

Friday, September 11, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA PERDANA






By - MATTKIM'S

Saturday, September 5, 2009

Butakah kamu?

Skrip Ramadhan seperti tahun-tahun lepas terus menjadi drama yang berulang-ulang. Berita bubur lambuk Kampung Baru akan pasti menjadi pilihan tajuk berita akhbar tempatan setiap kali tiba Ramadhan. Dan berita ini akan menjadi lebih sensasi apabila PM sendiri turun padang untuk mengagihkannya. Inilah cerita dan berita Ramadhan yang disajikan kepada umat Islam di Malaysia yang secara umumnya tidak berubah sejak dari dulu sehingga ke hari ini. Jalan ceritanya hampir sama. Juadah berbuka puasa, gerai dan pasar Ramadhan, bubur lambuk, baju raya, kuih raya dan yang lain sepertinya menjadi menu utama akhbar tempatan sepanjang Ramadhan.

Apakah rakyat Malaysia tidak pernah terfikir mengenai keadaan Islam saat ini yang terus terabai, tidak diterapkan sepenuhnya oleh pemerintah kaum Muslimin hari ini? Tidakkah ia merupakan suatu penyimpangan yang begitu jelas apabila perintah kewajiban berpuasa ditunaikan tetapi dalam masa yang sama kewajiban untuk menerapkan qisas dan jihad diabaikan? Perhatikanlah firman Allah SWT ini dan fahamilah tuntutan perintahNya:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. [TMQ Al-Baqarah (2):183].

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. [TMQ Al-Baqarah (2):178].

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. [TMQ Al-Baqarah (2):216].

Ketiga-tiga ayat di atas terletak di dalam surah yang sama iaitu surah al-Baqarah. Namun kenapa ayat kewajiban berpuasa sahaja yang diamalkan? Bagaimana dengan dua ayat lain itu? Inilah dunia sekularisme. Hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang menyedarinya dengan sebenar-benar kesedaran. Apakah dengan “bubur lambuk” Kampung Baru segala kewajiban selain puasa boleh diabaikan? Apakah hanya dengan ini umat Islam terutamanya PM sudah lupa dan melupakan perintah Allah SWT?

Mattkim's

Thursday, August 27, 2009