BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

K . A . M . I (gerakan tetikus anda ke gambar utk mngenali kami)

Saturday, September 5, 2009

Butakah kamu?

Skrip Ramadhan seperti tahun-tahun lepas terus menjadi drama yang berulang-ulang. Berita bubur lambuk Kampung Baru akan pasti menjadi pilihan tajuk berita akhbar tempatan setiap kali tiba Ramadhan. Dan berita ini akan menjadi lebih sensasi apabila PM sendiri turun padang untuk mengagihkannya. Inilah cerita dan berita Ramadhan yang disajikan kepada umat Islam di Malaysia yang secara umumnya tidak berubah sejak dari dulu sehingga ke hari ini. Jalan ceritanya hampir sama. Juadah berbuka puasa, gerai dan pasar Ramadhan, bubur lambuk, baju raya, kuih raya dan yang lain sepertinya menjadi menu utama akhbar tempatan sepanjang Ramadhan.

Apakah rakyat Malaysia tidak pernah terfikir mengenai keadaan Islam saat ini yang terus terabai, tidak diterapkan sepenuhnya oleh pemerintah kaum Muslimin hari ini? Tidakkah ia merupakan suatu penyimpangan yang begitu jelas apabila perintah kewajiban berpuasa ditunaikan tetapi dalam masa yang sama kewajiban untuk menerapkan qisas dan jihad diabaikan? Perhatikanlah firman Allah SWT ini dan fahamilah tuntutan perintahNya:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. [TMQ Al-Baqarah (2):183].

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. [TMQ Al-Baqarah (2):178].

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. [TMQ Al-Baqarah (2):216].

Ketiga-tiga ayat di atas terletak di dalam surah yang sama iaitu surah al-Baqarah. Namun kenapa ayat kewajiban berpuasa sahaja yang diamalkan? Bagaimana dengan dua ayat lain itu? Inilah dunia sekularisme. Hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang menyedarinya dengan sebenar-benar kesedaran. Apakah dengan “bubur lambuk” Kampung Baru segala kewajiban selain puasa boleh diabaikan? Apakah hanya dengan ini umat Islam terutamanya PM sudah lupa dan melupakan perintah Allah SWT?

Mattkim's

0 comments: